Labels: , , ,

Table No 1 at Tanjung Aru

Assalamualaikum



Selamat bekerja kembali, rasanya hari ni semua dah mula bekerja setelah bercuti sempena tahun baru cina minggu lalu....Ok hari ni nak kongsikan satu restoran yang saya pergi hari jumaat lalu....Sebenarnya baru pertama kali makan di restoran ni, itu pun sebab ada kawan yang belanja makan di sana....memang pernah juga lalu di restoran ni, lalu jak, tak singgah pun, sebab kedudukannya hanya bersebelahan dengan pintu masuk Perdana Park di Tanjung Aru tu...



Restoran ni memang cantik....rasanya dulu ianya sebuah rumah tetapi mungkin pemiliknya mengubahsuaikannya menjadi sebuah restoran yang cantik ala ala inggeris gitu....Mula mula ingatkan ianya non halal restoran sebab masa lalu kat sana nampak ramai orang Chinese yang makan tapi sebenarnya selidik punya selidik restoran ni rupa-rupanya dimiliki oleh orang Melayu...Restoran ni menyediakan menu makanan melayu sehinggalah menu ala ala barat gitu....






Susun atur meja makan dia.....kalerful gitu tapi satu yang saya rasa tak berapa sesuai fabrik yang digunakan untuk napkin dan alas pinggan tu, terlalu licin, macam skaf leher pun ada juga.....








Restoran punya deco deco....cantik kan...








Minuman yang saya order masa tu....Vanilla Smoothies....yang ni saya rekomen order....memang sedap...belum sampai makanan dah separuh saya minum....lebih2 lagi my feveret vanilla....








Makanan yang diorder, Roasted Chicken with Rosemary and Garlic Sauce....nak makan ala ala orang putih gitu....rasa dia biasa2 saja....ok jaklah








Yang ni kawan saya yang order..nama menu ni Borneo Village Fried Rice....terkezut tengok presentation dia, ganjil tengok ikan masin terpacak kat nasi goreng tu...huhu








Ni antara jenis kek yang dijual di restoran tu tapi kami tak order hari tu sebab takut tak abis makan...



Secara keseluruhannya, makan kat restoran ni oklah juga. Suasananya selesa, makanannya ok ok, mungkin boleh diperbaiki mutunya lagi....service dia cepat, laju jak pelayan tu melayan kami....harga makanan memang ada mahal sikit tapi ngamlah dengan restorannya yang agak eksklusif tu...tak kan lah pulak restoran gitu harga macam makan kat warung kan...tak logik langsung...ok tu jak...Happy Working !!





Kota Marudu Featured Blogs

No comments:

Post a Comment