Labels:

Keadilan perlu ditegakkan ke atas Kes Norikoh Saliwa

Semoga rohnya bersemadi dengan aman, RIP. Namun kebenaran tetap patut diketahui oleh semua.

Mayat gadis sekolah menengah ditemui terbaring tepi jalan

27 Nov, 2012 KOTA MARUDU (borneopost): Penduduk Kampung Ranau, di sini, gempar dengan penemuan mayat seorang perempuan pelajar sekolah menengah yang terbaring di tepi jalan utama tidak jauh daripada Pekan Kota Marudu kelmarin. 

Mangsa dikenali sebagai Norikoh Saliwa,16, berbangsa Dusun dan berasal daripada Kampung Bombong 1 itu ditemui sekitar jam 12.40 tengah hari pada Ahad lepas dengan terdapat kesan kecederaan di bahagian kepalanya. 

Pemangku Ketua Polis Kota Marudu, Asisten Superitendan Kamarudin Sulaiman mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa kini dihantar ke hospital terdekat untuk siasatan lanjut. “Kita mendapati mayat remaja itu ditemui di tepi jalan berhampiran Kampung Ranau yang terletak kira-kira dua kilometer dari Pekan Kota Marudu. “Hasil pemeriksaan awal turut mendapati mayat remaja terbabit mempunyai kesan kecederaan di bahagian kepala. “Mayat kemudiannya telah dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk proses bedah siasat,” katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Kamarudin meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan kes.

No comments:

Post a Comment