Labels: , , ,

Satu Malaysia....

Assalamualaikum



* Amaran : ini bukan n3 politik ye....



Kalau isi borang ke apa, ruangan bangsa aku mesti tick 'lain-lain' sebab bangsa yang tertera dalam surat beranak adalah Bajau....itu yang ada dalam surat beranak aku...bangsa mesti ikut bapa kan....mak aku pula berketurunan Jawa...arwah atuk memang pure Javanese asal dari kota Jogjakarta tapi suda lama menetap di bumi Sabah sebelum merdeka lagi.....namun begitu pelat jawanya masih kuat....teringat masa arwah masih hidup, selalu kok berbicara sama cucu cucunya, yaaa kamu kok nggak bisa begitu, nggak bisa ginian....makanya haruss ikutin cakapan orang tua....pesan arwah atuk untuk cucu-cucunya....(^_^)



Nenek sebelah mak pulak berketurunan Sungai....Orang-orang Sungai ni ada yang beragama Islam dan ada juga beragama Kristian...Orang Sungai muslim selalunya menetap di daerah Pitas manakala yang lain kebanyakkannya menetap di daerah Kinabatangan. So mak merupakan 'hasil' gabungan Jawa dan Sungai...hehe



Berbalik kepada bapa.....ikut cerita sebenarnya arwah atuk aku meninggal semasa bapa baru berumur 3 tahun....dan dia sebenarnya berbangsa Dusun. Tetapi nenek aku kahwin lagi dengan seorang yang berbangsa Bajau dan dialah yang memelihara bapa dan adik beradik yang lain sejak kecil lagi....bapa betul2 bernasib baik kerna mendapat seorang bapa tiri yang bertanggungjawab dan baik hati...mungkin sebab tu lah bapa simpan bangsanya Bajau dalam surat beranaknya....Nenek pula berketurunan Iranun...suku kaum Iranun ni kebanyakkannya menetap di daerah Kota Belud. So Bajau (Dusun) + Iranun = bapa....



Dan aku mcm mana ? hasil gabungan antara Bajau (Dusun) + Iranun + Jawa + Sungai.......wahhh mix lah sangat......hehe

Tapi apa apa pun aku sebenarnya bangga lahir daripada kepelbagaian kaum....setiap satunya mempunyai keunikkannya tersendiri....betul2 satu Malaysia kan....jarang sebenarnya kita boleh lihat penduduk yang berlainan bangsa boleh duduk dalam satu bumbung aman damai macam di negara kita ni kan...love my country !






Pengajaran : Hargai dan pelihara keamanan negara kita.... (cam skema bunyinya tapi betul kan?)





Kota Marudu Featured Blogs

No comments:

Post a Comment