Labels: , , ,

Air dicincang takkan putus

Assalamualaikum


Mulut aku dah penat membebel kalau Shumi dan Shamzi bergaduh....ada saja yang boleh menjadi punca pergaduhan dorang.....baru 5 minit yang lalu aku nampak dorang bermain-main.....masuk dapur kejap dah dengar teriakan Shamzi menangis dan kadang kala Shumi yang meraung....puncanya selalu perkara kecil jak, kadangkala sebab Shamzi jatuhkan patung ultraman Shumi dan ada kalanya sebab Shumi tak lukis seperti yang dimahukan oleh Shamzi....


Pening kepala Uminya ni melihat...mana tak lepas dua2nya meraung....tak lama kemudian dah mula balik bermain berkejaran sambil ketawa riang....gitulah aktiviti dorang hari2...main gaduh pastu main pastu gaduh balik....kadang2 ada jugalah terhinggap sezass rotan kat kaki sorang sekali sebab aku dah tak tahan.... Lepas rotan baru bagitahu dorang apa salah dorang sampai kena rotan....kedua2nya angguk2 faham kononnyalah....tapi tak lama lepas tu gitu juga....


Agaknya beginilah bila ada dua orang anak lelaki yang hampir sebaya umurnya.....sekejap kawan sekejap bergaduh....bila cakap kat Shumi, kita hantar Shamzi balik kampung supaya dorang tak bergaduh, tak mo pulak dia pisah dengan adiknya....senang juga hati aku bila dia jawab gitu....harapnya semakin membesar nanti dorang akan faham sendiri.....(^_^)







Kota Marudu Featured Blogs

No comments:

Post a Comment