Labels: , , ,

Tolong.........ini bukan hal politik

Assalamualaikum



Hari ni keja cam biasa walaupun ada sedikit bimbang mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu....walaupun Kota Kinabalu jauh jaraknya dengan bandar Lahad Datu tetapi mendengar berita penceroboh suda berada di Semporna dan Kunak, kami harus mengambil langkah berwaspada agar tidak berlaku kejadian yang tidak dingini....pelbagai versi kabar angin yang saya baca di Facebook dan Twitter mengenai berita penceroboh kurang ajar ni.....memang menakutkan dan risau akan keselamatan diri dan keluarga tetapi saya percaya 100% dengan kewibawaan pihak keselamatan negara....mereka tidak akan mensia-siakan penduduk Sabah....pada masa yang sama sangat sedih bila 8 orang telah terkorban akibat kes pencerobohan ini....takziah kepada keluarga mereka, diharap mereka tabah menghadapi dugaan ini...



Yang paling terkilan bila isu sebegini dijadikan bahan untuk dipolitikkan....saling tuduh menuduh, menuding jari menyalahkan antara satu sama lain semata2 untuk meraih undi....Tidak pernah rasanya saya menulis hal2 berkaitan politik tetapi rasanya kali ini terasa ingin menyuarakan rasa ketidakpuasan hati kepada mereka yang mempolitikkan hal sebegini...kalau mempunyai akal fikiran yang waras tentunya mereka tahu ini melibatkan negara...dan kalau benar ingin memimpin negara bukankah lebih baik pada waktu ini berganding bahu sementara untuk mengusir anasir2 jahat itu daripada menuding antara satu sama lain.....!!! tolonglah jangan politikkan kes ini....sila bantu rakyat Sabah mengusir penceroboh2 durjana itu sebelum lebih ramai nyawa terkorban...barulah rakyat akan percaya dan yakin bahawa 'anda' layak jadi pemimpin.....



Bukan memihak kepada sesiapa, hanya menyuarakan rasa tidak puas hati sebagai rakyat biasa yang sedang risau dengan keadaan sekarang ni.....dan kepada Pasukan Polis dan ATM......kami doakan semoga semuanya selamat sentiasa dan berjaya mengusir 'mereka' yang tidak diundang itu......ingat ALLAH tetap bersama kita......amin





Kota Marudu Featured Blogs

No comments:

Post a Comment