Labels: , , ,

Makan buah dengan cara yang baik

Assalamualaikum



Selamat hari minggu.......nak kongsikan sesuatu yang telah saya baca......sebelum ni kita makan buah ikut cara yang kita suka sahaja kan.....bila terasa nak makan, kita makan....ambil buah, cuci, pastu makan.....tapi sebenarnya baru tahu ada cara yang lebih baik makan buah-buahan ni agar kita dapat memanfaatkan sepenuhnya khasiat daripada buah-buahan ni....





  1. Makanlah buah limau kerana ia mampu mengemaskan bebenang jantung dan menambahkan daya fikiran.

  2. Makan buah anggur sebiji demi sebiji kerana cara ini lebih berkhasiat.

  3. Makan buah terung, sesiapa yang memakannya sebagai penyakit, maka ia menjadi penyakit. Dan sesiapa yang memakannya sebagai ubat ia menjadi ubat.

  4. Makan buah peria, sesungguhnya ALLAH menciptakannya untuk Nabi Nuh a.s. kerana ianya baik untuk kencing manis dan darah tinggi.

  5. Jika ingin memasak sup, masukkan buah labu kerana ianya boleh menambahkan akal dan fikiran.

  6. Makan buah-buahan pada awal musim kerana ianya menjana kesihatan dan menghindar penyakit. Sebaliknya hindari buah-buahan pada hujung musim kerana ianya membawa penyakit pada badan.

  7. Jangan mengambil makanan yang masam seperti epal hijau kerana ia boleh melemahkan ingatan.




Kredit : Buku Rahsia Minda Hebat





Kota Marudu Featured Blogs

No comments:

Post a Comment