Assalamualaikum
Masuk jak 1hb Mac setiap tahun mesti laman di atas tu yang akan selalu dikunjungi bagi mereka2 termasuk sayalah tu yang ingin mengdeclare pendapatan tahun sebelumnya.....tahun ni, tahun 2013 maknanya declare tahun 2012 punya pendapatan....tengo kena cukai ke tidak.....Saya memang selalunya akan buat awal2 dan telah selamat di hantar e-filing semalam hubby punya pun saya yang tolong buatkan, katanya tak reti isi2 e-filing ni....bukan apa, sengaja buat awal sebab senang nanti kalau ada apa2 yang tak puas hati, kita boleh berurusan dengan pihak LHDN sebelum tarikh tamat penghantaran borang pada 30 April ni....tak lah kelam kabut kan....mana tahu ko terlebih bayar cukai ke apa ke senanglah nak 'bertekak' dengan pihak LHDN...hehe
Tentang cukai yang kena bayar tu, ada orang yang declare dulu pendapatan, kemudian tengo samada pendapatan tahunan dorang dikenakan cukai ataupun tidak...jika ada, mesti dibayar sebelum 30 April atau akan dikenakan penalti lewat pembayaran.....kalau saya pula, saya request kat company remitkan cukai setiap bulan ke LHDN ikut PCB (potongan cukai berjadual), maknanya dari bulan Jan 2012 hinggan Dec 2012....so jumlah keseluruhan potongan cukai boleh check di borang EA kita tu....Masa isi e-filing tu boleh lah letak jumlah cukai yang kita sudah bayar tu dan tengo samaada kita terlebih bayar atau pun ada baki lagi yang kena bayar....tak lah menyusahkan sebab kita dah awal2 bayar cukai kan....
Untuk yang ingin membayar cukai, saya kongsikan beberapa perkara yang layak untuk mendapat pelepasan cukai :-
1. Pembelian buku2 dan majalah (yang berteraskan pendidikan dan ilmiah sahaja yek, majalah2 hiburan tak boleh) Sila simpan resit pembelian.
2. Pembelian komputer.
3. Pembayaran Zakat.
4. Simpanan SSPN.
5. EPF dan Insurans Nyawa.
6. Faedah pinjaman untuk pembelian rumah.
7. Tanggungan anak-anak di bawah 18 tahun.
Ok itu jak serba sedikit yang boleh dikongsi, selebihnya kena tanya sendiri di LHDN (^_^)
Kota Marudu Featured Blogs